ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA...
BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILAHI KERANA KITA MASIH DI ANUGERAHKAN NAFAS DAN KEHIDUPAN YANG TELAH DI SUSUN OLEH ALLAH S.W.T...SELAWAT DAN SALAM KEATAS NABI JUNJUNGAN KITA MUHAMMAD S.A.W..PERBANYAKKANLAH SELAWAT KEATAS BAGINDA KEKASIH ALLAH S.W.T...MOGA MENDAPAT SYAFA'AT DI AKHIRAT KELAK DARI BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W...
DALAM ARUS SERBA MODEN INI KITA TIDAK DAPAT TIDAK LARI DARI SEGALA MASALAH YANG DI HADAPI BAGI SETIAP MANUSIA.JUSTERU ITU KITA PERLULAH BERHADAPAN DENGAN MASALAH ITU DENGAN RESIONAL.TIDAK PERLULAH UNTUK MEMBESARKAN MASALAH,WALHAL MASALAH ITU KECIL SAHAJA SEBENARNYA...ALLAH MEMBERI UJIAN DAN DUGAAN BUKAN KERANA DIA TIDAK MENYAYANGI HAMBANYA..MALAH MEREKA YANG DIBERI UJIAN DAN DUGAAN INI ADALAH ORANG BERUNTUNG SEBENARNYA..KERANA APA?KERANA BILA MANA MEREKA INI DI UJI OLEH ALLAH S.W.T MEREKA TIDAK AKAN LEKA DENGAN KEHIDUPAN YANG SEMENTARA SAHAJA INI..MALAH MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH..MEMIKIRKAN MASLAH UMMAT..MENGERJAKAN AMAL MA'ARUF DAN NAHI MUNGKAR..
DALAM AL-QURAN FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD:
"APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA MENGATAKAN, KAMI TELAH BERIMAN, DAN MEREKA TIDAK DI UJI?"
(SURAH AL-ANKABUT AYAT 2)
KITA SERING DENGAR BAHAWANYA "AKU BERIMAN" TETAPI BILA DIUJI SEDIKIT KITA HILANG KEWARASAN..DAN ADA JUGA YANG MENYALAHKAN ALLAH KERANA TIDAK MENGKABULKAN PERMINTAAN MEREKA..PATUTKAH BEGITU SEBAGAI SEORANG HAMBA?????SEDARLAH SIKIT KITA NI HANYALAH HAMBA-NYA...TAK PAYAHLAH NAK TUNJUK BAGUS RENDAHKANLAH DIRI TU...TURUNKANLAH EGO KORANG...BERBALIKLAH KEPANGKALAN JALAN..SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA KORANG MASIH BOLEH LAGI BERTAUBAT...SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG...
KADANG-KADANG PELIK BILA MELIHAT MANUSIA YANG TAHU TENTANG HUKUM-HUKUM ALLAH..TAPI MENGAPA MEREKA BOLEH MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH ITU DENGAN SEMUDAH ITU DAN SEWENANG-WENANGNYA..KENAPA??KENAPA??KENAPA??DAN KENAPA??....OOOOO MUNGKIN JUGA MEREKA NI SUDAH BANYAK PAHALA BARANGKALI....ATUPUN KERANA BERJAWATAN TINGGI DALAM PENTADBIRAN...FUHHH..KALAU MACAM TULAH DIFIKIRKAN MEMANG KOLOT PEMIKIRAN BEGITU..TAPI TAK APA, UJIAN ALLAH ITU TIDAK AKAN ADA MANUSIA YANG TIDAK MENDAPAT UJIAN DARI ALLAH S.W.T...SEMUA HAMBANYA YANG BERIMAN PASTI DIUJI..BAIK BESAR MAHUPUN KECIL..
SEORANG TEMAN PERNAH MELUAHKAN ISI HATI PADA SAYA..
"KAK DHIYAUL KITA ADA MASALAHLAH..KITA TAK SUKA BETUL DENGAN SITI TU(BUKAN NAMA SEBENAR)..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..BILA NASIHAT ORANG PANDAI SANGAT BERHUJAH..BILA KITA NASIHAT DIA BALIK MEMANG TAK NAK TERIMA..MACAM MANA TU KAKAK"
"AWAK BUKAN RAPAT KE DENGAN SITI TU..AKAK TENGOK AWAK BAIK JE DENGAN DIA..SALING MEMAHAMI..KENAPA PERKARA NI BERLAKU.."
"MEMANGLAH RAPAT KAK..SEBAB TAK DER KAWAN LAIN DH NK KAWAN,TU SEBAB KAWAN DENGAN SITI TU..MULA-MULA OKLAH KAWAN DENGAN DIA..TAPI LAMA-LAMA TAK SUKA..DEPAN JE NAMPAK BAIK,TAPI MENGATA ORANG NO SATU..DIA PUN PERNAH MENGATA AKAK..MACAM-MACAMLAH.."
"DAH-DAH AWAK JANGAN NAK BUKAK PEKONG KAWAN SENDIRI PULAK..SIMPAN JER CERITA TU..AKAK TAK NAK DENGAR..CUBA CERITA HAL YANG SEBENARNYA.."
"MACAM NI KAK DHIYAUL,HARI TU SAYA BERGAYUT DENGAN PAKWA SAYA...LAMALAH JUGAK MASANYA..KEBETULAN SITI TU ADA..DIA TERUS TENGKING SAYA SURUH LETAK TELEFON..SEDANGKAN SAYA TENGAH BERCAKAP DALAM TELEFON TU..SEBAB SITI TU TUA PADA SAYA..SAYA SEDIKIT SEGANLAH...TUP-TUP BILA DIA DAH BERTUNANG LAGI DASYAT PADA SAYA..BOLEH KATAKAN SETIAP MASA TUNANG DIA TELEFON..NAIK ANGINLAH SAYA..DULU BUKAN MAIN LAGI,CERAMAH AGAMA PANJANG LEBAR KAT SAYA...SEKARANG DIA YANG BUAT..MENTANG-MENTANGLAH ADA STATUS TUNANG..BOLEHLAH GUNAKAN TIKED TUNANG TU TUK BERGAYUT..."
"LA PERKARA KECIK RUPANYA...INGATKAN HAL BESAR GAJAH TADI NAK LUAHKAN"
"PERKARA KECIK KE TU KAK DHIYAUL.."
"SENANG JE PENYELESAIAN MASALAH AWAK NI..KALAU AWAK NAK DIA HORMAT AWAK BILA MANA AWAK NASIHAT DIA,AWAK KENA HENTIKAN GAYUT-GAYUT TU...KALAU AWAK NASIHAT TAPI AWAK BUAT JUGAK SAMALAH BAIK TAK PAYAH NASIHAT...HUBUNGAN YANG DI IZINKAN OLEH ALLAH UNTUK PASANGAN ADALAH HUBUNGAN YANG SAH..BUKAN DENGAN MENGGUNAKAN STATUS TUNANG DAH BOLEH LEPAS..WAH KALAU MACAM TU MANUSIA TAK PAYAH KAWINLAH..DAH BOLEH BUAT PERKARA TERLARANG..NASIHATLAH BAIK-BAIK...MOGA MENGALIR PAHALA PADA AWAK..SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH SEBENARNYA...TAPI ATAS DIRI SENDIRI.."
"NTAHLAH KAK DHIYAUL, PENING DAH SAYA.."
SERBA SEDIKIT DIALONG ANTARA BENUA..HAHAHAHA..ORANG PUNYALAH NASIHAT PANJANG LEBAR,SIKIT JER DIA RESPON..TAK PELAH YANG PENTING SAYA DAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA ALLAH..NAK TERIMA,TERIMALAH....TAK NAK TERIMA,TERPULANG..BANYAK LAGI UJIAN YANG ALLAH BERI PADA KITA SEBENARNYA..CUMA KITA TAK NAMPAK @ BUAT-BUAT TAK NAMPAK..BUKAN SENANG KITA NAK TEGUR TEMAN-TEMAN KITA NI..PAYAH..SEBAB DORANG ADA HUJAH SENDIRI..TAPI HUJAH YANG DI PAKAI SANGATLAH LEMAH SEBENARNYA...TUK LEPAS DARI KESALAHAN BOLEHLAH...
SAYA MENASIHATI KAWAN-KAWAN,TEMAN-TEMAN DAN SAHABAT-SAHABAT SAYA DAN DIRI SAYA JUGA JANGANLAH LARI DARI UJIAN YANG DIBERIKAN..MALAH TERIMALAH IA SEBAGAI SATU KEKUATAN BUAT DIRI KITA..SELESAIKAN DENGAN ILMU..BUKAN EMOSI..INAGTLAH SYAITAN ADALAH MUSUH UMAT ISLAM NOMBOR SATU...BANYAKKAN INGAT ALLAH BAIK DI WAKTU SENANG MAHUPUN SUSAH..BUANG PERKARA-PERKARA YANG "LAGHO"...MACAM DALAM MELODI TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVESI...(ADA KENA MENGENA KE???)
"KEUNGGULAN ILMU, TERAS KECEMERLANGAN MAHASISWA"
"ISLAM FOR ALL"

Waktu engkau masih kanak-kanak…………………………
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’,Aku kau sentuh
dalam keadaan suci,Aku kau pegang
Aku,kau junjung dank au pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras
setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa……………………….
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…..
Apakah Aku bahan bacaan using yang tinggal sejarah………?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji……….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali,
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan sendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, Aku engkau pendamkan…
Dulu….pagi-pagi….surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau……
Sekarang……seawall pagi sambil minum kopi…..engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang dating dari ALLAH Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan……
Waktu berangkat kerja pun kadang pun engkau lupa baca pembuka surah-surahku (Bismillahi).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………………………….
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hamper melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu…………………………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkauoun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNYA
Apakah TV,radio,hiburan atau komputer dapat menolong kamu??????????
Yang pasti ayat-ayat ALLAH s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, ALLAH s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu……………………
Setiap saat berlalu….
Dan akhirnya……
Kubur yang setia menunggu mu………………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu……..
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…..
Di kuburmu nanti….
Aku akan dating sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Quran”, kitab sucimu
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali ………bacalah Aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci..
Yang berasal dari ALLAH Azzawjalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari,lacimu…….
Letakkanlah Aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau sentiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…………
Baca dan pelajari lagi AKU……..
Setiap datangnya pagi,petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu……Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan aku sendiri…………
Dalam bisu dan sepi………………..

Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.
Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas.
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.
Abu Musa al Asy’ari menceritakan :
Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?
Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.
Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus” (Al Bayyinah : 5)
Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah memberishkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.
Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah:
– Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.
– Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negative yang manzahirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan. Contohilah Khalid al Walid di dalam menjalankan tugas (kisah Khalid al-Walid yang menerima surat perletakan jawatannya oleh Khalifah Umar al Khattab)
– Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
– Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
– Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
– Prihatin terhadap keperluan jamaah. Sentiasa mengutamakan aktivit jamaah dari aktiviti sendiri dan menganggap semua kativiti jamaah adalah penting untuk diikuti dan dilaksanakan.
– Bertolak ansur dalam mengendali gerak kerja dan permasalahan jamaah.
– Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kelamahan kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.
– Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
2. Istiqomah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:
Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)
Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:” katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.
Dalam Hadis Nabi yang lain:
Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”
3. Taat
Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)
4. Disiplin
Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:
a) Tatatertib dan kelakuan diri.
b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.
c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.
Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas. Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah yang dibuat untuk memantau disiplin ahli. Antara disiplin secara umum di dalam jamaah adalah:
a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.
c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.
e) menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
f) Beramal dengan akhlak Islam.
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.
5. Percaya dengan pertolongan dan janji dari Allah.
Seseorang yang menceburkan dirinya dengan perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjinya di dunia dan akhirat, ini hendaklah dengan adanya sifat taqwa, mengerjakan perintah dan menjauhi laranganNya, serta tidak mundur walau sedikitpun dalam arus medan perjuangan.
Dalam sejaran Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang bersama-sama dengan baginda melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada satupun wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar menandakan kemenangan Islam, namun siapa menyangka bahawa akhirnya Rasulullah saw berjaya juga membuka kota Makkah dengan jayanya begitu juga nur Islam berjaya melepasi tembok sempadan geografi dan menembeusi kota-kota Rom dan Parsi, sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelumnya.
6. Ukhwah (persaudaraan)
Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka rasulullah saw menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar.
Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri membawa maksud keluarga yang tujuan utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.
Perkara berkaitan dengan ukhwah dapat dilihat dalam tajuk ke (4) yang akan dibincangkan secara terperinci insyaallah.
7. Kerahsiaan
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu mengekalkan survival jamaah.
Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah, membayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.
(Perkara terperinci yang berkaitan dengan kerahsiaan akan diperbincangkan pada tajuk yang ke ) , Minggu ke 5. Insyaallah.)
8. Tidak leka dengan pencapaian yang ada.
Dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh Islam, kadangkala gerakan Islam mampu untuk berada dalam situasi yang menyenangkan seperti memenangi pilihanraya, berjaya dalam satu-satu aktiviti, keahlian bertambah, berjaya mengurangkan tekanan dan seumpamanya. Namun kesemua itu tidak dapat kita banggakan kerana kadangkala pencapaian itu bersifat sementara. Lihatlah sirah bagaimana dalam peperangan Uhud pada mulanya Islam berjaya mencapai kemenangan awal, namun atas kealpaan dan kelekaan akhirnya tentera Islam dikalahkan oleh puak-puak musuh.
Kejayaan dan kemenangan yang diukir haruslah diiringi dengan kesyukuran dan sentiasa bermuahasabah adakah kemenangan ini kemenangan yang hak ataupun pencapaian ini sekadar istidraj (kemurkaan) Allah.
9. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya.
Dalam hal ini Allah swt mengingatkan kita dalam FirmanNya:
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan” (An Nahl: 91)
Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita.
10. Tidak melampau.
Allah swt melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah.
Sikap melampau akan mengurangkan kawan, meramaikan musuh, melambatkan kemenangan, serta mengurangkan keindahan Islam yang cuba dibawa. Sabda Nabi saw:
“Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari)
Sikap melampau seringkali berlaku kadangkala dalam urusan yang remeh (furu’) dan inilah yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan gerakan Islam.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..
Pandangan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir supaya BN tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang dibakulsampahkan oleh Najib dan Muhyiddin.
Terbukti Najib dan Muhyiddin mengenepikan dengan begitu sahaja pandangan bekas ketua mereka yang disanjung dan dipuja di zaman pemerintahan Mahathir dulu.
Pandangan tersebut dibakulsampahkan oleh pimpinan Umno sekarang lantaran takut akan bayang-bayang kekalahan akibat dari gesaan dan ugutan kuncu-kuncu Isa Samad yang dikatakan berakar umbi di Bagan Pinang.
Bagi saya Dr Mahathir telah memberikan pandangan yang bernas,ikhlas dan jujur demi masa depan negara dan rakyat di mata dunia. Namun kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Najib dan Muhyiddin lupa bahawa impak besar akan melanda Umno dan BN. Mungkin akar umbi Bagan Pinang akan menerima Isa tetapi bagaimana dengan rakyat Malaysia keseluruhannya yang memang bencikan rasuah. Mereka sudah tentu hilang keyakinan dengan Umno/BN kerana tidak serius menangani isu rasuah sehingga perasuah seperti Isa dipilih sebagai calon BN.
Najib dan Muhyiddin juga lupa bahawa masyarakat antarabangsa juga memerhatikan perkara ini. Pelabur kecewa dengan situasi ini. Bagaimana seorang yang terlibat dengan najis dadah diangkat menjadi pemimpin.
Mahathir secara terbuka menggesa supaya tidak mencalonkan Isa Samad di Bagan Pinang.
Sebuah media internet menyiarkan kenyataan terbuka Mahathir beberapa hari lalu yang meminta Isa tidak menerima keputusan Umno jika beliau dipilih sebagai calon.
Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.
Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.
"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
ISLAM FOR ALL..
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...
DARI-NYA KITA DATANG DAN KEPADA-NYA KITA PERGI...
HANYALAH ALLAH YANG MENCIPTA BUMI YANG FANA INI...
HANYALAH ALLAH SAHAJA YANG LAYAK DI SEMBAH....
MAHA AGUNG LAGI MAHA BIJAKSANA....
DIRI INI SANGAT KERDIL LAGI HINA..TIDAK MAMPU MENIPU DEK KATA-KATA YANG TERUCAP MAHUPUN YANG TERPENDAM...HANYA HATI YANG DI CIPTA OLEH TUHAN PENCIPTA YANG DI LETAK DI DALAM DIRI SETIAP MANUSIA YANG TIDAK DAPAT DI LIHAT OLEH MATA KASAR MANUSIA SENDIRI...
SUDAH HAMPIR DUA TAHUN ADIK AKU MENINGGALKAN MALAYSIA KERANA INGIN SAMBUNG BELAJAR DI NEGARA ORANG ( TANAH ARAB)....AKU SEMACAM TIDAK PERCAYA DENGAN KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEHNYA SEWAKTU HABIS STAM...HASRATNYA YANG INGIN SAMBUNG KE MESIR MEMBUATKAN AKU SEDIKIT TERKEJUT..KERANA APA??...KERANA DIA ADALAH ANAK EMAS DALAM KELUARGA USTAZ SUSTERISNO DAN CIKGU SABARIAH...BILA DI AMATI KATA-KATA YANG KELUAR DARI MULUT ADIK AKU,DIA BETUL-BETUL SERIUS DENGAN KEPUTUSANNYA UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI MESIR...
ADIK BERADIK AKU SEMUNYA ADA 30-10-5-10-1-1=?...SEMUANYA MUJAHIDAH ISLAM I/ALLAH MUDAH-MUDAHAN...AKU PALING RAPAT DENGAN ADIK AKU YANG BONGSU...SUKA,DUKA,GELAK KETAWA,SEDIH,NANGIS,MENGAMUK DAN MACAM-MACAM LAGI AKU BERSAMA ADIK KAU...SEGALANYA KAMI KONGSI BERSAMA...TAPI KINI ALLAH TELAH PUTUSKAN UNTUK KAMI BERDIKARI DAN TIDAK LAGI BERSAMA...KALAU IKUTKAN HATI YANG SEDIH LAGI RINDUKAN DIA INGIN SAHAJA SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DENGAN...WALAUPUN AKU TIDAK BERMINAT UNTUK SAMBUNG KE LUAR NEGARA TAPI ASALKAN AKU DAPAT BERSAMA DENGAN DIA...TAPI APAKAN DAYA SEMUA ITU KETENTUAN ALLAH..LITA SEBAGAI MANUSIA DN HAMBA KENA AKUR DAN REDHA KEPADA PENCIPTA KITA...
KALAU RAYA TAHUN LEPAS KELUARGA AKU SANGAT GEMBIRA...SEBABNYA ANAK EMAS PULANG BERAYA BERSAMA KAMI...CUKUP KORUM...TIADA KURANG DAN TIADA LEBIH...SAAT BERSANYA KAMI HABISKAN SEHABIS-HABISNYA...BERBORAK,BERBUAL,MASAK,SIDAI KAIN,TENGOK TV,SAKAT MENYAKAT DAN MACAM-MACAM LAGI KAMI BERSAMA...
DIA SENTIASA MENASIHATI AKU SUPAYA AKU BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH...TERUSKAN PERJUANGAN...KALAU JATUH JANGAN TIDAK BANGUN-BANGUN..PERLU TERUSKAN PERJALANAN..MASA TIDAK AKAN TUNGGU KITA...JANGAN LUPA UNTUK MENGULANG HAFALAN...RAJIN-RAJIN BACA AL-QURAN..PESANAN DIA AKU TIDAK PERNAH LUPA...APA SAHAJA YANG DIA DIA CAKAP AKU TIDAK PERNAH AMBIL RINGAN....BAHKAN AKU AMBILNYA ADALAH SERIUS...SESUATU YANG PENTING BAGI AKU...SEORANG ADIK MENASIHATI KAKAKNYA...
TAPI.......................HARI RAYA TAHUN INI AGAK SEDIKIT SURAM DAN TIDAK SEGEMBIRA TAHUN-TAHUN LEPAS...APA TIDAKNYA ADIK AKU YANG AKU SAYANGI TIDAK PULANG UNTUK BERHARI RAYA BERSAMA...AMAT SEDIH SANGAT-SANGAT...TREND KELUARGA KAMI SETIAP PAGI SELEPAS SOLAT HARI RAYA KAMI AKAN BERKUMPUL UNTUK MEMOHON MAAF DI ANTARA SATU SAMA LAIN...KALAU HARI RAYA LEPAS-LEPAS START DARI KAKAK...AKU..DAN ADIK KESAYANGAN AKU BERATUR UNTUK MINTA AMPUN DENGAN AYAH DAN MAMA KAMI...TAPI UNTUK TAHUN INI...HARI RAYA HANYA ANAK PERTAMA DAN ANAK KEDUA JE YANG BERATUR....
KALAU HARI RAYA YANG PALING KECOH AKULAH...BUKAN APA AKU NAK HIDUPKAN SUASANA HARMONI...(HEHEHEHE)...KALAU SENYAP DAN SUNYI AKU RASA MACAM DUDUK KAT GUA SORANG-
SORANG TANPA ADA SUARA MANUSIA SATU PUN...TAPI RAYA TAHUN INI AKU TIDAK TAHU MACAM MANA AKU NAK BUAT HINGA' PAGI HARI RAYA...PERASAAN SEDIH AKU NI MEMANG AKU XPANDAI NK TIPU DEPAN FAMILY AKU...LAGI-LAGI DEPAN AYAH DAN MAMA....YA ALLAH ENGKAU BERILAH KEKUATAN PADA DIRI KU INI UNTUK AKU MENGAWAL PERASAAN TIKA BERHADAPAN AYAH DAN MAMA AKU...BERIKANLAH MEREKA JUGA KEKUATAN DALAM MENEMPUH HIDUP INI...
BUAT MU ADIK KU SAYANG...MOGA DIRIMU TIKA DI SAAT INI DALAM KEADAAN SIHAT DI BAWAH LINDUNGAN-NYA..MOGA ALLAH MENJAGA MU DI MANA SAHAJA...KETAHUILAH ADIK KU...AKU AMAT MERINDUI MU SETIAP WAKTU...KADANG-KADANG HATI INI MENANGIS TANPA DI SEDARI KERANA AMAT MERINDUI MU WAHAI ADIK KU...
BUAT INSAN YANG TERSAYANG ADIK KU:-
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
JAGA DIRI DI TEMPAT ORANG
CEDUKLAH SEBANYAK MUNGKIN ILMU DI SANA
JANGANLAH CEPAT BERPUTUS DENGAN APA YANG BERLAKU,MALAH JADIKAN IA SEBAGAI SATU SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG DI SANA..INGATLAH ADIK KU SEMUANYA ITU ADA HIKMAHNYA...
SALAM RINDU DAN SAYANG BUAT MU DARI KAKAK MU INI...

Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.
Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.
Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.
Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki. Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.
Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.
Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.
Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.
Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya. Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir"
Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.
Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:
''Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah."
Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat. Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan''
Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran. Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri.
Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong."
Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi. Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga.
Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik. Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su'uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal. Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu.
Rasulullah bersabda,: "Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu".
Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian. 
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
































RSS Feed (xml)