Salam JIHAD..

Selamat datang ke Blog Syu'aa'ulbashirah..

Moga anda semua sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAh..

Moga anda semua mendapat sedikit manfaat daripada entri yang tersiar di dalam blog ana ini.. (",)

SIAPAKAH PEREMPUAN?




salam PAS...salam barisan..salam bulan...salam dacing...

semoga kalian manusia semuanya di dalam sihat hendaknya...atikel aku kali ini bukannya nak cerita tentang politik,tetapi nak bagitau pada korang semua lelaki dan perempuan khususnya perempuanlah...tapi aku taip lelaki sekali ni sebab korang akan khawin dengan perempuan jugakkan..jadinya semua kena baca...

BAIK.....

Perempuan merupakan insan yang penting dalam kehidupan lelaki sejak azali.Jika tidak Allah tidak akan menjadikan Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S sendiri sebagai temannya di syurga...Begitu juga dalam kehidupan seharian,tanpa perempuan,hidup seorang lelaki tidak akan lengkap.

Namun begitu dalam bentuknya yang lemah kejadiannya dari tulang rusuk yang bengkok perempuan adakalanya sukar dibentuk dan hanya hikmah dan kebajisanaan yang tinggi sahaja dari pihak lelaki yang mampu membimbingnya.

Namun tidak bermakna perempuan hanya menurut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian,pegangan atau pendapat. Perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya.Firman Allah S.W.T "DIHIASI DUNIA ITU (PADA PANDANGAN MANUSIA) DENGAN KECINTAAN KEPADA PEREMPUAN " ALI IMRAN : 14.





Kuasa pujukan,kuasa kejelitaan,kuasa layanan,kuasa doa,kuasa takwa adalah antara kemuliaan yang dianugerhkan oleh Allah S.W.T kepada wanita. Wajiblah ia dipelihara sebaik-baiknya kerana sekali Allah mencabut kemuliaan itu,tiada tempat lain yang lebih layak baginya kecuali neraka..

1 ulasan

  1. SyahiranMuhd  

    mantop..

Post a Comment