Salam JIHAD..

Selamat datang ke Blog Syu'aa'ulbashirah..

Moga anda semua sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAh..

Moga anda semua mendapat sedikit manfaat daripada entri yang tersiar di dalam blog ana ini.. (",)

BAHAYA SUM'AH

MAKSUD SUM’AH

Dalam beribadat, selain dilarang bersifat riak (menunjuk-nunjuk) dan ujub (kagum dengan diri sendiri), kita juga ditegah daripada besikap sum’ah.

Walaupun jarang orang bercakap mengenainya, realitinya penyakit jiwa ini telah menimpa ramai orang termasuk dari kalangan ahli ibadat yang jahil dan ghurur. lalu apakah maksud sum’ah itu?

Sum’ah adalah perbuatan seseorang yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memuji dirinya.

Maknanya, dalam dunia moden hari ini, orang yang besifat sum’ah ini boleh dikatakan gila puji ataupun gila glamour.pujian orang itu seperti nyawa bagi mereka. kalau tiada oang yang memuji, dia akan rasa tertekan dan tidak boleh hidup lagi.

Misalanya, seseorang membaca al-quran, lalu memperindah suara dan lagunya tatkala mengetahui ada orang yang mendengar dan memerhatikannya.

Sum’ah adalah sikap sengaja menceritakan kepada khalayak tentang amal ibadahnya bahawa dia beramal dengan ikhlas kerana ALLAH agar orang lain memberikan pujian dan sanjungan yang tinggi kepadanya.

ANCAMAN ALLAH S.W.T

Apakah ancaman Allah kepada orang bersifat sum’ah di dalam amalan-amalannya? seperti yang terkandung di dalam hadis Jundub r.a, beliau berkata: Telah bersabda Nabi SAW: ” sesiapa melakukan perbuatan sum’ah, nescaya Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa melakukan perbuatan riak, nescaya Allah akan memperlihatkan aibnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 ulasan

Post a Comment