Salam JIHAD..

Selamat datang ke Blog Syu'aa'ulbashirah..

Moga anda semua sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAh..

Moga anda semua mendapat sedikit manfaat daripada entri yang tersiar di dalam blog ana ini.. (",)

Cerita di musim cuti hari raya korban

Assalamualaikum….
selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.aku mengharapkan syafa’at darimu.ameen..
dan juga buat para pembaca blog aku, semoga sihat dibawah lindungan ALLAH S.W.T.

Disini aku ingin berkongsi cerita tentang kek kegemaran aku…sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat H-1-6 di vista dan teman-teman tahfiz aku di blok K,sebab kalian telah membuat hati aku gembira pada 12 julai 2009.jangan pikir bukan-bukan tau..sahabat-sahabat aku telah membuat sambutan hari jadi aku.thanks my friends..tahun depan buat lagi tau..hehehehe

Lain pulak ceritanya tentang kek kegemaran aku..tahun ni 2009 aku dapat kek coklat..pergh..memang sedap woooo…ni pun kek kegemaran aku juga..tapi paling aku suka kek aiskrim..aku tahu korang pun pernah makan kek aiskrim ni kan..tapi dekat kawasan vista dan melati tak ada jual kek aiskrim..sedikit kecewa..walaupun ada kedai kek tapi kek kegemaran aku masih lagi belum di jual..

Nak jadikan cerita cuti baru-baru ni, masa hari raya korban 27-12-2009 keinginan aku nak makan kek aiskrim tercapai..biasalah aku kan duduk asrama.bila balik cuti apa yang aku nak i/Allah parents aku bagi..Alhamdulillah..thanks mom…


(maaflah kek ni dah kena potong dulu.tak sabar punya pasal)

Sedap sangat korang tau…perisa strawberi..perisa ni mama aku yang suka..yang aku suka coklat..tapi takpelah,yang penting aku dapat makan kek aiskrim ni…kucing aku pun suka makan kek aiskrim..aku pun tak taulah jenis kucing aku ni…semua makanan dia makan..kira kalau makanan ada yang tak habis kucing aku boleh habiskan..tak membazirlah kan…heheheh..kalau korang nk bagi hadiah,kek aiskrim pun dah kira ok…(citarasa tinggi betul aku ni..heheheh..)


(keluarga bahagia...kek aku pun bahagia...wakaka)

Cukuplah setakat ni je,serba sedikit cerita kek kegemaran aku..nanti korang terliur pulak..kehkehkeh..

Dalam hidup ni kalau nak diikutkan kita nak semua tercapai apa yang kita inginkan..tapi kena ingat apa yang kita nak tu xsemua akan dapat..sebab apa??? sebab Allah lebih tahu apa yang hendak diberi pada hambanya.. Doa adalah senjata umat islam..berdoalah, jangan berhenti berdoa…i/Allah dipermudahkan…

0 ulasan

Post a Comment