Salam JIHAD..

Selamat datang ke Blog Syu'aa'ulbashirah..

Moga anda semua sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAh..

Moga anda semua mendapat sedikit manfaat daripada entri yang tersiar di dalam blog ana ini.. (",)

BALIK KE PANGKAL JALAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Muhibbah buat para pengunjung Blog Syu'aaul'bashirah...moga kalian sihat bersama iman di perkasakan lagi setiap hari...Jika kita peka dengan dunia sekarang mungkin ada segelintir dari kita akan merasa sedih yang teramat sangat...kenapa??? kerana anak muda mahupun warga emas tidak memperdulikan lagi akidah mereka sekarangh...sembahyang atau tidak mereka tidak akan merasa bersalah..dengan aurat yang terdedah sana sini..belum lagi yang menjolok mata permakaiannya..MASYAALLAH..jadi kita yang berilmu ini perlulah menjaga bumi ALLAH yang kita cintai ini....ingat sahabat-sahabat MATI ITU PASTI...kita akan di tanya kelak...



Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang
dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula
satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir
sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."

Sambung Rasulullah saw lagi:

"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibril a.s."

"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan
menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya."



Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
AlLLAH SWT."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut
pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah
ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya
sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka mata berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT
berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan
kepada ruh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad.

Maka berkata Abu Bakar r.a:

"Ruh itu menuju ketujuh tempat:

1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3.Ruh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4.Ruh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."


Telah bersabda Rasulullah saw:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1.Orang-orang yang mati syahid.
2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3.Orang yang berpuasa dihari Arafah."

1 ulasan

  1. L Bro M  

    kdang2 hati ini trgerak utk kembli,, kadang2 tak dtg pun rasa gitu.. sedih2

Post a Comment