KAPAL BANTUAN LL4G KE PERAIRAN GAZA DI SERANG TENTERA ISRAEL
0 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 5/31/2010 12:42:00 AMSahabat Maafkan Aku
1 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 5/21/2010 07:26:00 PM
Rakan ketawa senang di cari tetapi rakan untuk sama-sama menangis dalam sepuluh belum tentu di temui..
Semua orang mempunyai rakan baik. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan apabila berjumpa yang 'satu kepala' memang boleh 'ngam' dan boleh jadi teman karib.Mempunyai teman karib bagi mereka yang berada jauh diperantauan boleh di jadikan pengubat rindu kepada keluarga di kampung halaman. Tetapi kawan juga boleh menjadi racun yang sangat berbisa seandaiannya pengertian teman ataupun sahabat disalah nilai. Mengambil kesempatan di atas kebaikan kawan adalah satu sikap yang boleh menghancurkan perhubungan itu. Makan sepinggan, tidur sebantal belum cukup untuk aku mengenalinya luar dan dalam. Apa juga yang aku ada akan dikongsi bersama dengannya. Begitu juga dia. Namun walaupun begitu batas perlu dijaga. Semua benda boleh dikongsi bersama tetapi satu perkara yang tidak boleh dikongsi iaitu CINTA
KENANGAN BALIK UMAH KAK DILA DI MELAKA:-)
0 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 5/10/2010 08:25:00 AMAssalamualaikum...
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam keatas Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabat dan pengikut jalanya sehingga hari akhir..
Baik..
kali ni aku nak cerita pada korang semua pengalaman aku beli RFC di melaka..baca dan fahami betul-betul ok..
HARI PERTAMA DI MELAKA
Begini ceritanya..pada 8/5/2010 hari sabtu aku telah ke rumah kak dila di melaka..waktu tu aku bertolak dengan kak dila jam 8.30mlm..cadangnye nak bertolak pukul 5.30 ptg..macam mana masing-masing boleh terlena ..xperlah ALLAH bagi kami rehat sebelum memulakan perjalanan..ALHAMDULILLAH kami segar dalam perjalanan pulang ke melaka..(aku pergi umah kak dila bukan saje-saje tau..kami ada misi 0132447939..hahaha)
kak dila tanya "RFC bukak lagi tak sekarang"..aku jawab "bukak lagi kak"..
apa lagi tanpa melengahkan masa kami menuju ke mydin..bukan nak shooping beb, nak pergi RFC ni..kena pergi mydin dulu baru jumpa RFC..wah siap cucuk duit tu...semangat xkami...???RFC punya pasal aku sanggup habis kan duit tuk dapatkan tuk aku makan..kami pun naiklah tangga bergerak...sampai jer depan pintu RFC perut dah tarik-tarik suruh masuk..kami memandang seorang gadis yang berbaju t-shirt labuh warna hitam oren,berseluar hitam..berkasut hitam tertutup dan bertudung labuh yang sedang menyusun kerusi...kami perhatikan die tuk beberapa minit..(mungkin dlm dua minit gak lah)..mungkin die perasan kami tengok die bukan main lame lagi..gadis itu pun menyapa kami..
"ye kak"tanya gadis cute itu...kami pun jawab "kami nak beli RFC,ada lagikan...(dalam hati berbisik "mintak-mintak belum habis lagi..fuhhh)".."maaf kak dah habis"..
waaaaaawaaaaaaaaaaaaawaaaaaaaa dah habis:-(..tak dapat di selamat..kami pun melangkah keluar RFC dengan perut berlagu-lagu menyanyikan lagu ntah paper..di sebabkan RFC habis perut pun merajuk dengan berlagu yang bercampur-campur membuatkan tuan badan pening kepala mendengarnya...
Kami berjalan menuju ke kedai restoren mamak..aku bertanya pada kak dila"kak kedai mamak ni islam ker..??tukang masaknye islam x??..kak dila jawab "islam,bolehlah dik..akak yakin.."
di sebabkan aku xyakin aku terus ikut kak dila masuk kedai mamak tu tuk tengok logo,lesen dan tukang masak dengan pekerjanye sekali...bila di lihat pekerja-pekrja nya lulus kpt wawawawa...kami pun duduk di barisan ketiga dari depan tv..kebetulan malam tu ad perlawanan bola england..aku memang peminat bola..apa lagi memang kusyuk la aku tengok...akhirnya kami makan di kedai mamak...
INI BARU HARI PERTAMA DI MELAKA..ADA SATU HARI LAGI...
HARI KEDUA DI MELAKA
Hari kedua ni kami cadang nak balik pukul 3ptg(sbb nk kejar ayam organik RFC,supaya xterlepas ke tgn org lain)..tapi di sebabkan misi kami belum selesai kami tarik masa hingga pukul 9mlm baru kami beredar dari rumah kak dila..kami dah nekat, kali ni kami akan pastikan dapat beli RFC tuk perut kami yang merajuk dari semalam lagi gara-gara RFC habis..kak dila pecut kereta dengan 140k/m...macam naik kereta sport jer..hahahahahaha...sampai je mydin kami terus menuju ke kedai RFC..tepat jam 9.50mlm kami di kaunter pembelian..
kakak tu tanya.."ye kak nak tempah apa"..kak dila yang order..aku tolong tunjuk jer nak apa...hihihihi..."bagi saya 2 set jambo"..kakak kaunter pun balas "maaf kak ayam habis,tinggal 3 ketul je"..
(kalau dah tinggal 3 ketul macam mana nak buat jambo beb)...kak dila pandang aku, aku pandang kak dila..sekali lagi kami di uji..kak dila ambil keputusan untuk membeli semua sekali apa yang tinggal..ffffuuuuhhhhh aku bagaikan xpercaya apakah benar apa yang aku dengar dan lihat ini...
Dari 3orang sahaja yang berada di kaunter tadi bila dengar jer kami beli semua yang berbaki semua staff-staff kat situ keluar..mana xnye mestilah nak tengok pelanggan mana yang memudahkan kerja mereka..bila dah licin di jual sonanglah mereka nak membasuh..BETUL X...?????
Akhirnya kami berjaya memujuk perut kami tuk di beri makan MAKANAN yang HALAL TOYYIBAH dari keluaran makanan HPA(RFC)...balik memang best...sepanjang perjalanan kami makan RFC cukup tenang..
kepada pembaca sekalian apa tunggu lagi..ramai-ramai pakat-pakat serbu RFC tuk rasai sendiri kenikmatan makanan keluaran HPA..memang sedap dan HALAL 100%....
MAKAN RFC JANGAN TAK MAKAN RFC:-)
SEDIKIT CORETAN
1 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 3/31/2010 08:04:00 AMAssalamualaikum buat para pembaca yang budiman
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam keatas Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabat dan pengikut jalanya sehingga hari akhir..
Dulu masa waktu belajar teringin sangat nak kerja.sbb pikir bila dah kerja dapat duit, boleh beli apa2x yang kita suka.tapi sekarang bila dah kerja mula rindu saat belajar..biasalah manusia semua nak.tak cukup-cukup apa yang ALLAH dah bagi.nak memenuhi hati memanglah tak mungkin.tapi apa yang dah di bagi kena gunakan sepenuhnya.
Masuk ni dah 2 bulan aku kerja..di mana aku kerja tu rahsia(SIR..hehehe)hari genaplah 2 bulan aku bekerja.tak sangka jugak aku boleh tahan bekerja.biasalah orang lasak apa-apa kerja pun boleh buat.cuma orang tengok kadang-kadang tak manis.nak buat macam mana dah gaya kita macam ni terima jerlah..boleh bayang tak kalau orang lasak kena suruh pakai kasut bertumit..perghhh aku memang tak dapat bayang aku yang kena pakai kasut bertumit..leceh betul..silap-silap aku pegang je kasut tu jalan guna stokin lagi mudah.ada ke bos aku suruh aku tukar cara aku berkasut..tak derlah aku nak ikut.sebaik bos aku baik hati dia izin aku guna kasut sport.hahahaha..
korang kalau nak kerja cari yang bos sporting tau.senang hidup korang..kerja pun fun.taklah stress.bila dah kerja ni masa dengan family pun kurang sangat.sepatutnya kita yang jenguk mak ayah..ni terbalik pulak, mak ayah jenguk kita.(bukan anak manja)sebab kalau mereka rindu adeq aku, mereka akan lawat aku sebab muka kami sama(macam kembar)adeq aku kat mesir tu yang parents aku tak boleh jenguk.jenguk aku pun jadilah.lepas jugak rindu mereka pada adeq aku tu..
kalau dah kerja ni masa kita dengan masyarakat kurang.sebab kita fokus pada kerja masyarakat terabai..tak caya!!!!!ok masuk kerja katalah pukul 10pagi habis pukus 10malam.balik dah penat.terus ada kat rumah.nak tengok orang pun tak larat macam mana nak bersama dengan masyarakat.hari minggu sure lah tak pergi mana2x..sebab isnin-jumaat kerja sekuat tenaga.hari minggu nak betulkan urat jugak..so persoalan di sini PERLU KERJA @ TIDAK PERLU KERJA...?????fikir2xkanlah...kalau tak kerja macam mana nak dapat duit..
aku rindukan pada suasana bersama sahabat-sahabat seperjuangan...korang pun mesti rindu saat yang aku katakan ni kan..bekerja bersama..suka duka bersama..meeting bersama..macam2x lagi bersama..kenangan bersama kalian memang tak akan aku lupa..
JADI PAKAT-PAKATLAH MENCARI TEMAN YANG BOLEH BERSAMA SAMADA WAKTU KITA SUSAH ATAU SENANG..BILA MELIHAT DIA KITA INGAT ALLAH..ITULAH SEBAIK2X SAHABAT..
PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN
1 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 3/30/2010 10:08:00 PM16 haribulan aku ke kedah atas urusan seri paduka...(seri paduka lah sangat..)
sampai juga aku ke kedah..setelah penat duduk dalam bas..fuhh di ufuq mentari di langit suasana tika fajar menginsing..langit yang indah subahanallah..
suasana sepanjang perjalanan ke rumah awatif..sawah yang terbentang indah oleh pencipta-NYA..
inilah tempat-tempat yang aku pi shooping..hehehe..maklumlah dah kerja ni nk beli apa pun ikut suka..tapi berpada jugak..nanti parents aku cek kat bank kalau duit tinggal sikit..masak aku..kalau korang pi kedah mesti datang temapt ni tau..
kalau dah pi kedah ni perkara yang paling penting orang cari adalah RFC..apalagi aku pun pi lah makan RFC..memang sedap sesedap rasalah..yela..makanan yang sebersih dari riba' kan..toyyibah lagi tu memang tenang je makan..sedap korang..mailah kita pakat2x makan RFC..tinggalkan terus KFC..hahahaha..
sedih rasanya nak tinggalkan kedah..macam mana aku rasadulu nak tinggalkan kelantan tika aku belajar di sana...memang payah..memang xboleh hilang dan lupa..
xperlah setiap pertemuan ada perpisahan..xper kedah nanti aku datang lagi na...tunggu kedatangan kali kedua aku na...
time2x nak bertolak balik ni macam2x permandangan aku sempat ambil..walaupun xsempat nak pi, atlist aku dapat tangkap jugak...
MALAYSIA SEMAKIN PARAH
2 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 3/12/2010 08:01:00 AMASSALAMUALAIKUM
salam sejahtera buat para pembaca yang budiman..setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana diberi nikmat yang paling besar sekali iaitu nikmat iman dan nikmat islam..ALLAHAMDULILLAH..selawat dan salam buat kekasih ALLAH yang paling di cintai BAGINDA MUHAMMAD S.A.W serta para sahabat-sahabat nabi..
kalau kita baca buku sirah-sirah nabi banyak menginsafkan diri kita..bila di hayati dan di fahami pasti kita akan ikut apa yang nabi ajar pada kita.APA SEBENARNYA SAYA NAK SAMPAIKAN ATIKEL PADA KALI INI??????
"Barangsiapa menetang Rasul sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikuti bukan jalan orang-orang mukmin, nescaya Kami angkat dia menjadi pemimpin apa yang dipimpinnya dan Kami masukkan ke dalam neraka jahanam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali"
(4:115)
setiap pagi saya akan ke kedai N&Z untuk membeli surat khabar sebelum masuk kerja. setiap hari bila baca jer pasti ada sahaja berita tentang kes bunuh, kes rogol, kes liwat, kes pecah masuk umah dan bermacam-macam lagi kes yang menakutkan pada zaman yang serba moden ini. Agaknya lagi moden negara MALAYSIA ni lagi nak banyak gejala-gejala dan kes-kes yang agak kritikal tahap melampau ni..
baru-baru ni sahabat dan sahabat saya lepak sambil minum-minum petang. Dia cerita "kak dhiyaul ada baca berita tak tentang bayi di bakar dalam tempat sampah"..
"tak ada pulak akak baca berita yang sangat sadis tu, perempuan jalang mana yang tak der otak bakar bayi yang tak berdosa tu muna"..
"ntahlah kak, saya pun geram jugak bila baca berita tu, satu dia dah berzina dosa dah kat situ.kalau ye pun tak nak bayi tu letaklah kat surau ker kat mana-mana tempat yang selamat, ada je orang yang nk pelihara bayi tu kan kak.bila perempuan jalang tu bakar berganda-ganda dah dosanya..masyaALLAH.."
"gila betul betina tu, sanggup dia bakar anak dia sendiri.."
Kalau muna tak bagitau berita ni pada saya mungkin saya tak tau kes bayi mati di bakar ibu sendiri.. apa lagi pembaca berita-berita sekarang..ohw ye, kes humairah kan.ingat tak kes dia macam mana??? fuhhh binatang pun sayang anak, nikan manusia boleh pijak-pijak anak..kalau ye pun anak tiri sekalipun janganlah anggap budak kecil tu sampah @ binatang..binatang tak der otak manusia ada otak..tapi yang mana paling sayang anak?? sudah tentu binatang.. manusia otak letak kat lutut sebab itu tak ada belas kasihan dan kasih sayang dalam diri jantan yang bunuh humairah.
tapi bagi saya paling kejam lagi manusia yang membunuh altantuya..ini lagilah memang tak ada otak langsung..sanggup bom manusia ni boleh dikira bodoh punya orang..tapi sampai sekarang kita tak tau sapa pembunuhnya..tak apa pembaca kalau kita tak tau di dunia, nnti di mahkamah ALLAH kita akan saksikan beramai-ramai siapa pembunuh yang mengebom manusia..tumnggulah azab ALLAH kelak..ko boleh terlepas bebas, tapi bila kau berjumpa ALLAH segala akan terungkai segalanya.. saya tzk sabar nak tengok sapa yang bom mansia.
dunia sekarang semakin uzur dah sampai penghujung hayatnya...adakah kita bersedia berjumpa pencipta kita pembaca..ALLAH sangat rindu doa hambanya...ALLAH sangat rindu hambanya bangun solat malam...cuba kita letak ALLAH di hati kita..janganlah letak ALLAH hanya sewaktu solat semata..salah lah tu..bila kita letak ALLAH di hati kita, segala perbuatan jahat yang kita nak buat kita akan fikir dua tiga kali, samada kita mahu buat @ tidak..
saya mencadangkan kerajaan khususnya kepimpinan NAJIB dan konco-konconya buat inisiatif untuk mengubah baik semula malaysia.. jangan dok pikir pembangunan semata..akhlak dan sahsiah anak muda perlu di titik beratkan..jangan membuang duit pada perkara yang tidak berfaedah..tapi saya setuju kalau NAJIB nak buang duit sebab nak buat pogram untuk anak-anak muda itu tak per..penyerapan tentang ilmu agama di rancangan-rancangan di tv perlu banyakkan dari rancangan menyanyi yang melalaikan lagi membosankan..siaran-siaran rancangan yahudi perlu di tolak habis dari di tayangkan di tv..susun rancangan mengikut waqi' MALAYSIA..ingat NAJIB kita semakin parah sekarang..kalau ANDA tidak mengambil sebarang jalan penyelesaian secara serius kita akan menjadi negara yang miskin dengan akhlak islam dan rugi..kerana apa kita adalah negara islam apa yang diwar-warkan dulukan...FIKIRKANLAH..
(ceh macamlah NAJIB baca atikel aku ni..hahaha..)
kadang-kadang kita nak keluar rumah pun dah semakin tak selamat sekarang...kalau kat rumah pun dah tak selamat apalagi kat luar rumah..sah-sah memang tak selamat..agaknya kita semua kena buat rumah besi..susah sikit perompak nak masuk rumah..tapi kalau dah ALLAH kata "kunfayakun" jadi jugakkan..paper pun sama-sama kita ambil kisah @ ambil peduli sekeliling kita dengan segala yang terjadi..sama-sama umat islam berganding bahu untuk saling bantu membantu..
ISLAM MEMIMPIN MANUSIA
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
BALIK KE PANGKAL JALAN
1 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 2/24/2010 04:07:00 PMASSALAMUALAIKUM...
Salam Muhibbah buat para pengunjung Blog Syu'aaul'bashirah...moga kalian sihat bersama iman di perkasakan lagi setiap hari...Jika kita peka dengan dunia sekarang mungkin ada segelintir dari kita akan merasa sedih yang teramat sangat...kenapa??? kerana anak muda mahupun warga emas tidak memperdulikan lagi akidah mereka sekarangh...sembahyang atau tidak mereka tidak akan merasa bersalah..dengan aurat yang terdedah sana sini..belum lagi yang menjolok mata permakaiannya..MASYAALLAH..jadi kita yang berilmu ini perlulah menjaga bumi ALLAH yang kita cintai ini....ingat sahabat-sahabat MATI ITU PASTI...kita akan di tanya kelak...
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang
dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga
sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula
satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir
sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu."
Sambung Rasulullah saw lagi:
"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibril a.s."
"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan
menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya." 
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
AlLLAH SWT."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut
pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah
ini,tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya
sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka mata berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan
kepada ruh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.
Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar r.a:
"Ruh itu menuju ketujuh tempat:
1.Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2.Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3.Ruh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4.Ruh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5.Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7.Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1.Orang-orang yang mati syahid.
2.Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3.Orang yang berpuasa dihari Arafah."
RASULULLAH PUJI MANUSIA SENTIASA MENGINGATI MATI
0 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 2/05/2010 08:37:00 AMMAKHLUK bernyawa di bumi ini pasti akan menghadapi kematian. Namun bila waktunya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Perkara ini dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Semua yang ada di bumi akan binasa. Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman, ayat 26-27)
Kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah betapa dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara, begitulah juga kehidupan manusia di dunia ini.
Rasulullah saw juga ada berpesan kepada umatnya dalam menelusuri titian hidup ini ialah mengingati mati. Amalan itu bukanlah bertujuan meninggalkan terus urusan keduniaan, lebih-lebih lagi Islam menyeru umatnya supaya membangunkan akhirat seimbang dengan pembangunan keduniaan sehingga kebajikan dan kebaikan itu meliputi kesemuanya.
Membangun keduniaan dengan bermodalkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah itulah yang sebenarnya dituntut oleh Islam. Oleh demikian, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Seandainya terjadi hari kiamat dan di tangan salah seorang kamu ada biji benih kurma, maka hendaklah dia menanamkannya.” (Riwayat Ahmad).
Sehubungan itu, Baginda memuji sesiapa yang sentiasa mengingati mati dalam diari hidupnya sehingga dianggap oleh Rasulullah sebagai orang paling bijaksana di kalangan orang Mukmin. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk mengadap Allah selepas mati.
“Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.” (Riwayat Tirmizi).
Dalam satu hadis lain, Rasulullah menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan mengingati mati sebagaimana berdasarkan kepada sabdanya yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan.
“Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi).
Mafhum yang tersurat dan tersirat daripada dua hadis itu jelas menyimpulkan bahawa fitnah dunia ini iaitu daripada isteri, anak pinak, harta, pangkat, keturunan dan sebagainya selalu mengabui pemikiran dan pandangan hidup manusia, di samping sentiasa melalaikan dan melekakan manusia daripada matlamat hidup sebenarnya.
Oleh sebab itulah, Rasulullah sentiasa menganjurkan umatnya supaya selalu mengingati mati kerana amalan itu akan membuatkan manusia sedar bahawa pesona atau fitnah dunia yang menghiasi alam ini hanyalah permainan dan gurauan senda bersifat sementara.
Ini bermakna, harta yang dicari akan hilang atau habis juga akhirnya. Anak dan isteri akan ditinggalkan juga apabila maut datang menjemput seseorang manusia. Pangkat dan keturunan pula akan luput ditelan bumi.
Dalam hal ini, Allah berfirman dalam yang bermaksud: “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan liar durjana). Akan tetapi, Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
“Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat dengan nyata.” (Surah asy-Syura, ayat 27).
Dengan mengingati mati, seseorang Muslim akan sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari bahawa Allah Maha Memerhati dan Mengawasi setiap gerak gerinya sama ada pada waktu terang-terang atau sunyi.
Dengan mengingati mati juga akan mengurangkan panjang angan-angannya, menjauhkannya dari fitnah dunia yang mempesona dan membersihkan hatinya daripada terpalit dengan sifat sombong dan tamak.
Seterusnya, mengingati mati akan menjadikan seseorang Muslim mempunyai wawasan hidup duniawi dan ukhrawi yang jelas. Mereka memiliki semangat waja dan beristiqamah dalam menelusuri titian hidup yang penuh pancaroba dan hatinya akan sentiasa bergantung harap hanya kepada Allah.
Apa yang diimpikan dalam dasar jiwa seseorang yang beriman kepada Allah melalui amalan mengingati mati ini ialah mengharapkan agar apa yang dijanjikan Allah kepada orang beriman iaitu keredaan Ilahi dan kebahagiaan abadi dunia dan akhirat.
Perlu diinsafi bahawa jemputan maut akan datang pada bila-bila masa tanpa mengambil kira masa sihat atau masa sakit, masa senang atau masa susah, masa muda atau masa tua, lelaki atau perempuan, masa kaya atau masa miskin dan masa lapang atau masa sibuk.
Malah maut tidak akan terlewat atau cepat daripada ketentuan ditetapkan oleh Allah di Loh Mahfuz.
Maut menjadi satu rahsia yang hanya diketahui Allah sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat mengenai hari kiamat.
“Dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya mengenai apa yang terkandung dalam rahim (ibu yang mengandung).
“Dia tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Meliputi Pengetahuan-Nya.” (Surah Lukman, ayat 34).
Justeru, setiap insan sewajarnya menginsafi diri bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan apabila sampai masanya nanti, setiap individu akan dipanggil menghadap Allah.
Alangkah beruntungnya insan beriman dan bersiap sedia menghadapi hari kematian dengan amal soleh dan ketakwaan kepada Allah.
Sebaliknya, rugi dan malangnya orang yang mengingkari kepastian hari akhirat dan tidak beriman kepada Allah, yang tiada lagi peluang kali kedua atau seterusnya untuk kembali ke dunia.
Kehidupan di dunia hanya sekali bagi setiap insan dan kehidupan yang sebenarnya kekal abadi ialah kehidupan pada alam akhirat nanti
PERUBAHAN DALAM DIRI
0 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 1/29/2010 09:58:00 AMCERITA ANAK PALESTINE
0 ulasan Dicatat oleh MENJANA BI'AH SOLEHA DI BAWAH PIMPINAN ULAMAK di 1/29/2010 07:42:00 AM
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.
Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.
Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.
Tiba-tiba ketenangan itu diragut.
Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.
Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.
Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.
Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.
Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.
Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.
Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.
"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.
Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.
Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.
Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. WASSALAM..







































RSS Feed (xml)